KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

R.O.K.O.K [roh omak kau ok]

AsSalamualaikum.





Langit biru. Cantik. Tapi sepi. Sepi macam aku. Aku rindu adik. Aku bosan sendiri. Tapi apakan daya, adik punya tanggungjawab sendiri untuk mengejar cita2 nya.


Bila sendiri, aku jadi ingat pada kisah lalu. Saat ada nenek. Aku sentiasa ingat kata nenek. "Kalau nak tau luas nya kuasa Tuhan, ukur la luas nya langit." Terdorong perasaan ingin tahu, aku segera ajak adik ke padang. Baring2 di atas rumput. Kami tengok langit. Kami nak ukur luas langit. Kami nak tau luas nya kuasa Tuhan. Tapi tak dapat. Hampa sendiri.


Tapi itu dulu, waktu aku dan adik masih hingusan. Oh silap! Hanya adik saja yang selalu berhingus, tidak aku. HAHA. Kalau Shin Chan sudah wujud waktu itu, layak aku gelar adik sebagai Bo. HAHAHA.


Tiap petang, aku dan adik selalu lihat nenek dan atok menghisap sesuatu yang aku kira kertas mungkin. Berasap-asap. Digulung-gulung dan dihisap. Adakala nenek meletakkan kertas yang digulung itu ke bibir atok. Romantis. Lalu aku dan adik ketawa kecil melihat telatah mereka.


Tapi itu dulu, waktu aku belum kenal nama sebenar kertas yang digulung itu, ROKOK. Sebelum aku tau bahawa yang nama nya rokok itu perosak durjana. Sebelum atok pergi kerana padahnya rokok. Tapi aku kira ia masih romantis, sama-sama menghisap kertas bernama rokok itu.


Setelah atok pergi, nenek sepi. Sendiri menghisap rokok ditemani sendu. Aku dan adik jadi terikut-ikut sendu. Melihat wajah sayu nenek, aku jadi sebak. Lalu nenek juga ikut pergi menemani atok. Tapi nenek tidak pergi begitu mudah.


Ayah kata, nenek ada belaan. Aku tidak mengerti apa yang dikata oleh ayah. Tapi aku cerna saja, aku simpan cermat2 dalam ingatan. Aku lihat nenek terlantar di katil nya. Kurus benar. Aku cium2 nenek, sendu. Aku buka tingkap agar nenek bisa lihat langit biru. Agar nenek bisa tenang setenang biru nya langit.


Ayah bawa seorang lelaki. Agak berusia, lebih tua dari ayah. Mereka ke bilik nenek. Aku tidak pasti apa yang mereka lakukan. Yang aku dengar suara lelaki itu sayup2 berkata sesuatu. Aku penasaran ingin tahu. Jadi aku intai bilik nenek. Adik waktu itu sedang nyenyak tidur. Penat berlari sana sini.


Tiba-tiba aku terdengar lelaki itu berkata,"ROKOK! ROKOK! Jangan risau." Kemudian ayah bertanya,"ROKOK?" Lelaki itu pun menerangkan kepada ayah,"Maksud den Roh Omak Kau OK! Takdo papo yang polik. Takdo bolo2 do.. Bolum tibo laei maso ea, sabo yolah~" Aku lihat ayah angguk-angguk tanda faham. Dan aku juga terangguk-angguk seperti faham.


2minggu kemudian, nenek akhirnya pergi jua. Pergi kerana rindukan atok dan pergi kerana barah paru-paru yang dihidapinya. Aku ingat lagi tarikhnya 30JUN1995. Kali ini, dengan aku aku sekali berhingus. Dengan aku aku sekali layak dipanggil Bo. Tiada lagi sendu, tiada lagi sebak, tapi tangis. Adik mengongoi sambil memeluk dan mencium nenek. Kaku. Aku cuma duduk sendiri di penjuru. Melihat.


Tapi itu cerita dulu. Kisah aku dan rokok durjana. Mama berkali mengingatkan aku,"Jangan sekali mencuba-cuba untuk merokok. Ambil pengajaran dari atok dan nenek. Dan aku membesar dengan memori itu. Memori hitam tentang rokok.


Jadi aku pilih disini. Dipadang ini. Tempat aku dan adik sama-sama melihat langit. Tempat yang bebas dari asap rokok. Melihat langit mengingatkan aku pada nenek dan pada luas nya kuasa Tuhan.






psst: Cerita ni takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Yang bakal hidup dan yang bakal mati. CHILL YAWWW~!!! HAHAHAHA :D


kbai!