KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

#100


even little grains of sand, over time, will build a mighty mountain

Kais pagi makan pagi, kalau tak kais tak dapat makan. Begitu la susahnya hidup Adlin. Tapi Adlin tak sedar diri. Berlagak tak kena tempat. Tukang kipas bontot Aman.

Aman anak YB. Hari-hari dihantar driver ke sekolah. Aman selalu pergi McD lepas waktu sekolah. Di rumah Aman ada tabung katak. Besar. Tapi takde isi, hiasan semata.

Dulu time sekolah, Ramli selalu simpan duit. 20sen sehari, Ramli masukkan dalam tabung buluh yang dibuat sendiri. Ramli asal dari keluarga susah.

Kini Ramli sudah dewasa. Dia punya rumah dan juga kereta. Dia seorang usahawan berjaya. Dan dia kacak bergaya, tidak selekeh seperti dulu. Tapi tabung buluh masih disimpan, sedikit kopak setelah dikorek berkali-kali mengeluarkan isi.

Aman mewarisi kekayaan bapanya. Terlibat sama dalam politik. Gemok gedempol berisi korupsi. Duit rakyat dihabiskan di McD kegemarannya.Tabung katak besar diwariskan pada si anak. Masih, si tabung katak besar jadi hiasan semata.

Adlin pula hidup makan gaji jadi barua gomen. Masih berusaha mengipas bontot Aman biarpun tangannya sudah mula lenguh. Adlin tak kesah. Kerana pada Adlin, kalau tak kipas bontot Aman, tak dapat nak cari makan. Nanti kebuloq cacing-cacing belaannya.

Fak. Yang susah terusan susah. Yang senang terusan senang. Kalaupun yang susah jadi senang, pasti banyak rintangan. Fak pada birokrasi.