KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

ciku

Pagi itu, saya keluar berkelana mencari diri yang hanyut dibawa arus waktu. Hingga akhirnya saya terjumpa seorang lelaki tua berbasikal yang juga tua.

Lelaki tua itu, saya kenal. Lelaki tua itu, Pakcik ciku! Secara tiba-tiba saya tersenyum. Pakcik ciku ikut tersenyum.Tersenyum mengimbau kenangan lalu. Kenangan tentang ciku. Kenangan saya dan Pakcik ciku. Cikucikucikuciiiiiiiiiiiii..kuu!!

Kami bercerita dan tertawa hingga saya terlupa yang saya sedang berkelana mencari diri yang hanyut dibawa arus waktu. Kerana manisnya ciku. Kerana manisnya kenangan bersama Pakcik ciku. Cikucikucikuciiiiiiiiiiiii..kuu!!