KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

Lagenda Puteri Katak Moden.





Tersebut kisah di zaman kegemilangan Elvis Berseri ,tinggallah seorang puteri katak di bawah istana tempurung. Satu gossip ‘hot’ yang lebih hangat daripada biasa sedang sibuk diperdebatkan oleh kipas-kipas susah mati Elvis Berseri berkenaan salasilah keturunan Puteri Katak tersebut yang konon nya merupakan generasi ke-7 Raja Kembayat.

Hendak di jadikan cerita, Puteri Katak sebenarnya adalah puteri dari kayangan yang kesepian setelah siput kesayangannya yang bernama Gary mati kerana tercium kentut kura-kura yang tersangat la busuk baunya. Puteri Katak yang kesepian setelah kembalinya Gary ke rahmatullah, telah berkabung atas pemergian allahyarham Gary selama 7hari 7malam.

Adapun selama tempoh berkabung itu,Puteri Katak telah menangis secara non-stop 24/7. Suara tangisan Puteri Katak atau nama asalnya Puteri Angelina Sukajoli itu,telah mendapat perhatian pihak Siti Nurhalijahat Production untuk mengambil beliau sebagai artis rakaman.

Setelah selesai tempoh berkabung , Puteri Katak telah kembali ke alam maya dan bangkit dari alam kubur seperti Suzanna a.k.a pompuan mati anak yang telah menjadi idolanya sejak azali lagi. Sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesedihannya itu, Puteri Katak telah menerima tawaran dari Siti Nurhalijahat Production dan berjaya menghasilkan satu album meletup sekuat letupan bom atom yang dijatuhkan di Nagasaki dan Hiroshima tidak lama dahulu.

Setelah bergelar artis, Puteri Katak sering diburu oleh paparazzi hingga ke lubang cacing. Kemasyhuran Puteri Katak mengundang rasa tidak puas hati artis-artis lain hingga menyebabkan ada di antara mereka mati akibat sakit hati, lebih-lebih lagi apabila Puteri Katak terjun dari papan anjal setinggi 2m ke dalam bidang lakonan.

Di suatu malam yang sunyi ketika Keluang Man sibuk menabur bakti membantu orang dalam kesusahan, Puteri Katak telah bermimpi akan Gary. Di dalam mimpi nya itu, Gary telah berpesan kepada Puteri Katak agar menerima tawaran untuk berlakon di dalam drama Tersasar Di Jalanmu kerana beliau telah meramalkan drama tersebut akan menang besar dalam Anugerah Skrin 2009.

Dan seperti Dejavu, lagu nyanyian Beyonsiot, apa yang dimimpikan Puteri Katak benar-benar berlaku. Setelah puas bergelumang dengan pacat dan lintah di lubuk lakonan, Puteri Katak mengambil keputusan untuk pencen dari menjadi artis dan mengembara ke Gunung Daik Bercabang Tiga.

Setelah sampai di sana, beliau telah bertaruh dengan Gamabunta si Raja Katak. Sesiapa yang mendapat undian tertinggi dalam pertandingan memanggil hujan boleh meminta apa sahaja hajat dan Puteri Katak telah mempertaruhkan dirinya. Walaupun Puteri Katak pernah disanjung sebagai penyanyi paling ngetop se’top’ sabun TOP, itu tetap tidak menjamin kemenangannya dalam pertandingan tersebut kerana hakikatnya suara Puteri Katak tidak segah suara Gamabunta yang memang pakar dalam bab memanggil hujan.

Sebagai balasan nya, Puteri Katak terpaksa mengahwini Gamabunta yang sudah mempunyai 99 isteri itu. Namun, Puteri Katak enggan menunaikan hajat Gamabunta dan menyebabkan Gamabunta berkata,”Cis! Takkan katak hilang di dunia. Kerbau di pegang pada talinya,manusia di pegang pada janjinya.. Dengan kuasa bulan,akan menghukum mu..!”. Dengan serta merta, Puteri Angelina Sukajoli pun berubah menjadi katak. Begitulah serba sedikit tentang asal usul Puteri Katak yang menjadi pujaan sekalian katak,kodok dan yang seangakatan dengan nya disebabkan oleh kejelitaannya yang tiada tolok bandingan.

Dan di abad ini, dekad ini, tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, minit ini, saat ini, detik ini, Puteri Katak bakal bergelar ratu sehari setelah Brad Tersepit sudi menyunting Puteri Katak menjadi orang gaji di hati. Setelah selesai upacara akad nikah yang berjalan dengan lancar kerana menggunakan minyak pelincir Shell, Brad Tersepit ingin mengucup mesra Puteri Katak. Puteri Katak yang agak gabra kerana,well..biasala kan,first time..,telah terkentut berirama dondang sayang.

Akibat terkejut,Brad Tersepit telah membaling Puteri Katak hingga ke tengah jalan. Malang tidak berbau seperti kambing yang tak mandi bertahun, tiba-tiba datang sejibik lori lalu menggilis Puteri Katak.

Demikianlah tamat nya riwayat Puteri Katak yang mati katak.Alkisahnya si Brad Tersepit yang telah menjadi duda berhias pula, meroyan la ia kerana tak sempat malam pertama, bini dah mati……… TAMAT