KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

Nama saya L

pic source : here


Nama saya L. Saya tak hensem. Gigi saya macam gigi arnab, hidung macam khinzir, mata pulak juling itik. Tapi saya tetap bersyukur pada Tuhan. Saya tinggal di Forks. Di sini hari-hari hujan, gelap. Saya punya abang tiri, K namanya. Walaupun abang saya ketot dan kontot, dia hensem sikit dari saya. Tapi takpe. Yang penting, dia sayang saya.


Nak dijadikan cerita, abang saya seorang pusher. Satu hari dia pulang ke rumah untuk meminjam duit dari ayah. Dia berhutang dengan seorang dealer. Mama yang memang meluat dengan abang, melarang ayah meminjamkan duit kerana hutang sebelum ini pun belum dilangsaikan lagi. Abang bengang lalu blah dari rumah. Saya menyorok dalam kereta, curi-curi ikut abang.


Abang terkejut pada mulanya, tapi kemudian, dia mengajak saya lepak di kelab. Saya meluahkan ke-tidak-puas-an hati saya terhadap mama dan ayah yang mengongkong hidup saya kepada abang. Abang belanja saya chivas. Kami minum-minum sambil layan batu. Oh, nyaman nya~ Tiba-tiba mama call abang. Dia menyuruh abang menghantar saya pulang. Saya tidak mahu. Tapi abang memujuk saya agar pulang ke rumah. Jadi, saya ikut saja.


Esok pagi nya, ketika bangun dari tidur, saya terdengar kecoh-kecoh di bawah. Saya curi-curi lihat. Saya ternampak mama pegang saya punya bong. Oh, taik! Saya cepat-cepat masuk bilik, tukar baju dan keluar ikut tingkap. Saya berlari tanpa tujuan.


Tiba-tiba datang satu van hitam. Beberapa orang lelaki keluar dari van itu dan menuju ke arah saya. Saya sudah rasa lain. Jadi saya pun lari. Malang tidak berbau, saya terpijak kulit pisang lalu terjatuh dan pengsan.


Sedar-sedar je saya dah kat dalam satu rumah. Depan saya ada satu lelaki. Dia kata, nama dia J. J kata, mereka tahan saya sampai abang saya langsaikan hutang. Dia suruh saya chill. Kemudian, J bawak saya pergi parti. Ramai sungguh awek-awek seksi. Oh, heaven sungguh saya rasa. Pertama kali dalam hidup saya, rasa teramat bahagia.


Tiba-tiba datang dua orang awek hot ke arah saya. Datang-datang je, mereka terus cium-cium saya, peluk-peluk saya. Oh oh oh oh, indah nya. Mereka urut-urut saya. Saya sudah tidak tahan. Ah ah ah ah, sedapnya. Ok cukup. Kita sambung topik lain.


J kata, mereka akan hantar saya balik kejap lagi. Saya kata pada J, kenapa awal sangat. J hanya sengih-sengih pada saya. Kemudian kami naik satu mpv hitam. Saya kata pada J, bila saya balik rumah nanti, saya nak peluk mama saya dan cakap yang saya sayang pada dia. *bunyi cengkerik* Saya kata lagi, saya pikir, saya mahu belajar main gitar. *bunyi cengkerik* Saya bengang sebab semua tak layan saya, lalu saya tepuk bahu J. J hanya angguk-angguk sambil senyum paksa pada saya.


Kemudian kami berhenti di satu bukit. J kata, mahu jumpa orang. Kami pun mendaki la bukit. Sampai di puncak bukit, tiba-tiba J peluk saya sambil menangis. Saya pelik. Saya tanya J, kenapa. Dia tak jawab lalu berlari pergi ke kereta. Saya pusing dan lihat ada satu lubang di depan saya. Oh, taik! Saya sudah tau apa yang sedang terjadi. Oh, taik sekali lagi!


Belum sempat saya mahu buka langkah seribu, kawan J cepat-cepat ambil batu lalu hentak kepala saya. Oh, sakitnya~ Saya terjatuh dalam lubang. Darah merah mula membasahi ruang dalam lubang. Saya cuba menjerit. Bam bam bam bam bam!!! Entah berapa biji peluru berpusu-pusu menusuk ke badan saya, saya pun taktau.


Dengan sisa tenaga yang ada, saya cuba sedaya upaya meletakkan tangan saya ke dahi sambil membuat bentuk L. Oh, saya bangga mati begini. Saya lihat langit. Sempat juga saya lihat bulan, penuh. Oh, cantiknya. Dan akhirnya, semua jadi gelap.




Okbai.