KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

S U M P A H A N



Legolas renung langit. “Macam mahu hujan ni”, bisik Legolas dalam hati. Segera langkah kaki dihayun laju agar segera sampai ke rumah. Pap pap pap, berderap-derap bunyik tapak kasut menghentak jalanan.

Bam!! Berselerak buku-buku yang dipegang Legolas, bercampur dengan beg tangan si gadis kalut yang berlanggar bahu dengan-nya tadi. Sambil bibir mungil si gadis menutur kata maaf pada Legolas, sebahagian isi beg-nya yang terkeluar tadi, dimasukkan kembali dengan laju. Legolas turut menolong ala kadar.

Dan, saat si gadis berpaling muka menghadap Legolas, tiba-tiba hujan lebat turun mencurah-curah diiringi dengan bunyi petikan biola memainkan lagu sambil dinyanyikan oleh satu suara merdu.

“Tum paas aaye, yun muskuraaye
Tumne na jaane kya saphne dikhaaye
Ab to mera dil, jaage na sota hai
Kya karoon haye kuch kuch hota hai~”

Perlahan Legolas hulur tangan dan disambut mesra oleh si gadis. Kemudian mereka menari mengikut alunan muzik. Penuh syahdu dan mengasyikkan. Walau basah disimbahi hujan, kuyup baju tidak terasa dek panahan asmara yang menusuk ke celahan hati dua insan bagai suatu suntikan nikmat yang mengkhayalkan.

Pelopp!! Pelopp!! Ketepekk!! Pekk!!

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba segerombolan makhluk kecil berkulit hijau licin bertempek-tempek jatuh dari langit. Ada yang hinggap ke muka, kepala tak kurang juga yang berjaya lolos ke dalam celahan baju. Si gadis terlompat-lompat sambil menjerit kecil. Lalu berlari meninggalkan Legolas sendiri. Legolas terkedu.

Tiba-tiba Legolas jadi geram. Kemarahan meluap-luap dalam dada. Penuh rakus, makhluk kecil berkulit hijau licin dipijak satu-satu tanpa belas. “Celaka punya katak. Berani kau memperkatak-katakkan hikayat cinta gua.” Omel Legolas sambil terus memijak makhluk kecil berkulit hijau licin dengan sepenuh tenaga. Hingga ke makhluk kecil berkulit hijau licin yang terakhir, dia terhenti.

“Tolong, jangan pijak aku. Katakan, apa saja yang kau mahu, pasti ku tunai kan.” Makhluk kecil berkulit hijau licin yang terakhir merayu syahdu.

Legolas tergamam mendengar kata-kata makhluk kecil berkulit hijau licin. Namun amarah lebih menguasai diri, tanpa belas Legolas membalas,” Ah, peduli apa gua sama lu. Lu dah cacatkan hikayat cinta gua. Sekarang, lu semua pegi mati!”

“Jangan jangan, kalau kau pijak aku, kau akan disum….”
Papp~!! Pappp~!! Pappp~!! Tamat riwayat makhluk kecil berkulit hijau licin. Belum sempat beliau menghabiskan kata-kata, Legolas tak bagi can, terus pijak pijak pijak sampai hancur.

Beberapa saat kemudian, Legolas mula rasa aneh. Badannya tiba-tiba terasa sejuk dan mula mengecil mengecil dan mengecil. Legolas belek tangan, kecil, hijau dan licin. Legolas pegang pipi, juga licin.


“TIDAAAAAAKKKKKKKKKKK………..!!!!!!!”


motif : jangan kejam.