KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

Lucy Si Peri Comel


Cakk cakk! Bunyi tetakan daging bergema dalam dapur kecil milik Sara. Ini stok makanan terakhir buat peri yang selalu menemani hari-hari sunyi Sara, Lucy. Hihihihi, Lucy si peri comel berterbangan girang sambil mengelilingi Sara yang sedang asyik menyediakan makanan buat Lucy. Setelah siap, daging cincang itu disantap penuh berselera oleh Lucy. Sara senyum nipis, terhibur dengan aksi comel Lucy.

Usai makan, Lucy terlentok manja dipangkuan Sara sambil bernyanyi kecil. Kerana terlalu asyik mendengar suara merdu Lucy si peri comel, Sara pun terlena. Begitu juga dengan Lucy.

Keesokan hari-nya, Sara mula bersiap untuk mencari stok makanan buat Lucy, peri comel kesayangan-nya. Destinasi yang dituju adalah sebuah taman rekreasi di pinggir bandar. Hari itu hujung minggu, jadi pengunjung agak ramai. Sara duduk disebuah bangku menghadap tasik. Lucy yang sedari tadi bersembunyi di dalam beg mula menjengah keluar.

Pandangan ditumpukan pada seorang anak kecil yang sedang berjalan sendirian di tepi tasik. Segera Sara bangun menghampiri anak kecil itu. Dengan muka terpaling suci dan comel, Sara menyapa anak kecil itu. Lalu diberi gula-gula lolipop. Anak kecil itu tersenyum girang. Lalu diajak anak kecil itu berjalan-jalan. Namanya Hisyam. Baru berumur 4tahun tapi sangat petah berbicara. Lucy yang menjengah dari dalam beg, segera meniup dedebu halus kearah Hisyam. Seketika kemudian, Hisyam mengadu mengantuk. Sara dengan senang hati menawar untuk mendukung Hisyam. Hisyam ketiduran. Sara segera pulang.

Sesampai dirumah, Hisyam dibaringkan diatas katil. Lucy segera keluar dari dalam beg. Berterbangan bebas sambil terkinja-kinja gembira melihat Hisyam yang terlena. Piring hitam The Ramones diputarkan. Bersenandung lagu Baby I Love You memecah kesunyian. Sara menari-nari kecil bersama Lucy. Bahagia.

Malam itu, Hisyam yang masih belum sedar, diletak dalam sebuah periuk besar berisi air. Saat api dihidupkan, Hisyam mula sedar. Dia meronta-ronta sambil berteriak minta tolong, tapi kaki dan tangannya sudah diikat. Hisyam menggeletik perlahan bila air mula menggelegak mengeluarkan buih-buih besar. Tiada lagi suara. Dia sudah nyawa-nyawa ikan. Lucy segera menabur serbuk perasa sambil tertawa riang, hihihihihi. Sara tersenyum senang.

Cakk cakk, Sara menetak-netak Hisyam kepada beberapa bahagian. Semuanya diletak dalam satu beg plastik dan disimpan dalam petisejuk. Cuma bahagian kaki sahaja ditinggalkan buat santapan Lucy, peri comel peneman Sara yang berhati iblis.