KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

D E N G K I

Juliet duduk sendiri di tepi tasik. Dia sedih. Romeo curang. Tadi dia nampak Romeo dengan Mumtaz. Berpegangan tangan di taman bunga, mesra sungguh. "Babi kau Romeo. Anjing kau Mumtaz."

Hatinya galang. Gundah gulana. Cinta yang dihulur tulus ikhlas, tapi kecurangan pula yang dibalas. Dia baring memerhati langit. Tiba-tiba segumpal awan bergerak-gerak lalu membentuk seekor babi berwajah Romeo. Datang pula segumpal awan lalu membentuk anjing berwajah Mumtaz. Awan tersebut berpegangan tangan.

Juliet baling batu. Berharap awan-awan itu bercerai-berai dihentam batu yang dia baling. Ah, Juliet lupa! Dia di Bumi yang punya graviti. Bukk!! Batu jatuh di dahi Juliet. Berdarah. Juliet pengsan.


*******

Perlahan-lahan Juliet buka mata. Juliet tengok keliling, putih putih dan putih. Eh, takkan dia dah mati kot. Dia raba-raba belakang, kalau-kalau ada sayap. Takde. Raba-raba kepala, kot-kot ada halo. Takde jugak. Selalunya kalau orang mati, mesti ada halo. Itu la yang Juliet selalu tengok dalam tivi.

Tapi dia takde semua tu, maknanya dia tak mati lagi la. Yeahh~!! Juliet terlompat gembira. Ouch!! Kepalanya berdenyut. Dia pegang kepala, berbalut. Tiba-tiba pintu dikuak. Muncul seorang lelaki. Kacak. Dia kata namanya Shah Jahan. Dia yang selamatkan Juliet dan merawatnya.

Juliet sedikit kaget kerana malu pada Shah Jahan yang kacak. Dalam kekalutan itu, Juliet tersadung kaki katil lalu terjatuh. Tapi Shah Jahan lebih tangkas, dia sempat menyambut Juliet. Ahh~ Hati Juliet bagai terkena panahan peri cinta.

Mereka bertatapan buat seketika. Adrenalin keduanya mengalir laju, sel-sel bahagia mula meresap ke segenap ruang tubuh. Lalu menghasilkan gelembung-gelembung merah jambu berbentuk hati yang berterbangan dan berbunyi plop plop apabila pecah.


*******


Shah Jahan melamar Juliet. Perkahwinan mereka akan dilangsungkan penuh gilang-gemilang. Romeo dan Mumtaz turut dijemput sama. Juliet saja-saja menjemput mereka. Dia mahu eksyen sama Romeo. Mahu tunjuk yang dia juga boleh bahagia tanpa pencurang seperti Romeo.

Mumtaz jeles dengan Juliet. Dari dulu lagi dia memang jeles dengan Juliet. Juliet selalu bernasib baik. Dia selalu dapat apa yang dia mahu. Macam Romeo. Sebab tu, Mumtaz goda Romeo, pujuk Romeo supaya tinggalkan Juliet. Dia ingat, Juliet akan merana lalu membunuh diri kerana dia tahu Juliet sangat sayang pada Romeo.

Tapi dia silap. Dan sekarang, sekali lagi Juliet menang. Juliet sudah mahu berkahwin. Dengan lelaki kacak yang kaya pulak tu. Huh! Mumtaz meluat. Dia mahu gagalkan perkahwinan Juliet.

Papp! Sehelai kertas melayang ke muka Mumtaz. Sial! Mumtaz menyumpah dalam hati. Direnggut kertas itu. Tertarik untuk membaca kandungan kertas tersebut.




Mumtaz tersenyum sendiri. Ini peluang baik. Esok dia akan pergi ke sini. Heh, kau takkan boleh bahagia Juliet. Mumtaz ketawa persis syaiton-nir-rojim.


*******


"Selamat datang ke CHOC-O-LATE NOIR." Seorang gadis comel berpakain ala-ala gothik menyambut Mumtaz di pintu kedai. Kosong, tiada orang. Semerbak haruman coklat menusuk hidung. Mata Mumtaz terpaku pada tengah kedai. Sepinggan coklat gebu, kelihatan sangat sedap.

"Ini coklat apa? Kalau saya makan coklat ni, bolehkah hajat saya dimakbulkan? Saya benci Juliet. Dia selalu dapat apa yang saya takdapat." luah Mumtaz pada gadis comel berpakain ala-ala gothik.

"Ini Choc-O-Lava. Cairan hazelnuts bersama almond bersalut coklat gelap gebu. Mencair didalam mulut seperti lava. Coklat ini memang sesuai untuk kamu. Makanlah." Terang gadis comel berpakain ala-ala gothik dengan senyum manis.

Mumtaz berasa teruja lalu diambil sebiji dan terus makan Choc-O-Lava. Selebihnya dibungkus untuk dibawa pulang. "Berapa bayarannya?" Tanya Mumtaz. Gadis comel berpakain ala-ala gothik cuma tersenyum. "Sudah dibayar."

*******


Mumtaz segera ke rumah Juliet. Dia ingin melihat sendiri keberkesanan Choc-O-Lava. Mumtaz terserempak dengan Romeo. Mumtaz cuba panggil Romeo. Romeo, terus berlalu tanpa menoleh pada Mumtaz. Diseberang jalan, Mumtaz lihat Juliet dan Shah Jahan. Romeo melintas jalan menuju ke arah mereka. Mumtaz melambai-lambai ke arah Juliet dah Shah Jahan. Mereka juga tidak mempedulikan Mumtaz. Mumtaz bagaikan tidak wujud. Mumtaz berlari ikut Romeo lintas jalan. Bam!! Sebuah lori merempuh Mumtaz.


*******


"Eh, kau langgar apa tadi?" Jay bertanya pada rakannya Kay yang sedang asyik memandu. 
"Entah, aku taknampak apa-apa pun. Tapi macam ada langgar sumting kan?" Kay membalas sambil kerling cermin sisi, cuba mencari objek yang dilanggar sebentar tadi.  


*******


Mumtaz belek badan. Tadi dia nampak sebuah lori meluncur laju kearahnya. Tapi tiada sedikit luka pun pada tubuhnya. Mumtaz hairan. 

"Hati yang penuh hasad. Itu bayaran yang setimpal buat kamu Mumtaz. Teruslah kamu hidup bagai bayang, tiada siapa peduli akan kamu lagi. Malah, tiada siapa akan sedar pada kewujudan kamu." Gadis comel berpakain ala-ala gothik berbisik perlahan pada telinga Mumtaz lalu hilang meresap dalam udara.

"TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!" Mumtaz jerit sekuat hati berharap ada sesiapa yang mendengar suaranya buat kesekian kali.