KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER
KakiBLOGGER

Shaheizy dah tak tahan. Merata dia cari toilet, tapi tak jumpa. Shaheizy buat keputusan. Dia nekad. Shaheizy mahu berak di sini. "Plop plop." Taik Shaheizy keluar seketul-seketul. Shaheizy pandang kiri kanan, takut-takut ada orang lalu. Nampak dia sedang berak. Ah, malu dia nanti. Peluh jantan mula merecik keluar. Mungkin kerana bahang taik atau pun cuak dilihat orang.

"Fuh~ Selesai akhirnya." Shaheizy tarik nafas lega. Shaheizy lihat taiknya. Comel betul. Kaler coklat kuning-kuning sikit. Shaheizy tersengih sendiri. Dari celahan taik, Shaheizy lihat ada beberapa ekor semut telah mati lemas dalam gumpalan taik coklat kuning-kuning sikit. Tiba-tiba segerombolan langau datang menghurung taik coklat kuning-kuning sikit.

Shaheizy bingkas bangun. Mahu segera meninggalkan semak tempat dia berak itu. Malangnya, Shaheizy telah ditahan oleh sebatalion semut. Mungkin sedara-mara semut yang mati lemas dalam gumpalan taik coklat kuning-kuning sikit. "Ah, sudah! Takkan dorang nak balas dendam pulak", kata Shaheizy dalam hati.

Shaheizy sudah berkira-kira mahu lari. Tapi tak berjaya. Semut-semut itu lebih lincah dari Shaheizy. Dalam sekelip mata Shaheizy telah dikerumuni sebatalion semut-semut rakus. Shaheizy rebah. "Kelepek!!" Shaheizy jatuh atas taiknya sendiri. Segerombolan langau mati kena himpap oleh Shaheizy.

Tiba-tiba datang pula sebatalion langau. Ye, tepat sekali. Mereka ni memang sedara-mara langau yang mati kena himpap oleh Shaheizy tadi. Datang nak balas dendam lettew~ Shaheizy dah speechless, hopeless, helpless dan segala macam less lagi. Shaheizy hanya membiarkan semut dan langau menggomol, menggigit, merayap, meratah, dan melakukan segala macam me kepada Shaheizy. Shaheizy pasrah. Shaheizy tutup mata perlahan-perlahan. Shaheizy pun mati.

Tsk tsk tsk, sedihhhhhhh~!! Okbai.